fbpx

Kunci utama untuk turunkan berat badan – Insulin

Kenapa berat badan naik?

Obesity dan overweight boleh menyebabkan banyak penyakit metabolik seperti diabetes, darah tinggi, dan penyakit jantung.

Ramai yang telah cuba low-fat diet, ada yang bersenam hari-hari, ada yang mengamalkan diet kalori rendah, tetapi tak menjadi. Senaman hanya memberi hasil yang sementara dan kurang efektif. Low-fat diet (diet kurang lemak) yang di amalkan ramai penduduk dunia juga tidak memberi impak yang baik. Kita boleh tengok yang makin ramai orang mempunyai masalah obesity, kencing manis(diabetes) dan masalah jantung. Nasihat pemakanan 5 kali sehari pula di promosikan oleh ramai nutritionist dan doktor kerana teori ‘Thermogenic-effect’. Adakah ia berkesan?

Hormon penting yang menjadi kunci persoalan.

Jadi kenapa kita menjadi gemuk, dan sentiasa gemuk? Ada satu hormon penting dalam badan yang berperanan dalam masalah kegemukan. Hormon itu adalah Insulin. Apabila kita makan, insulin badan akan naik.

Insulin naik apabila makan

Jika makanan yang diambil mempunyai insulinemic effects yang tinggi, maka insulin dalam badan akan meningkat lebih tinggi. Jika kita sentiasa makan maka insulin akan sentiasa terangsang. Insulin yang tinggi akan menyebabkan Insulin resistance . Insulin resistance pula menyebabkan tahap insulin yang sangat tinggi. Kitaran inilah yang menyebabkan semakin banyak lemak disimpan dan membawa kepada banyak masalah lain.

Setiap makanan mempunyai kadar rangsangan insulin yang berbeza. Carbohydrate menghasilkan rangsangan insulin yang tinggi berbanding protein dan lemak. Oleh itu, pengambilan karbohidrat yang tinggi bukan sahaja menyebabkan tahap insulin yang tinggi, insulin resistance yang tinggi juga menyebabkan tahap insulin yang tinggi.

Senang jadi gemuk, susah nak kurus.

Sangat mudah bagi saya untuk menjadikan anda gemuk. Saya hanya perlu menyuntik  anda dengan insulin secara berterusan. Bagi mereka yang menghidap Type 1 Diabetes, juga dikenali sebagai juvenile diabetes atau insulin-dependent diabetes, mereka akan turun berat badan. Sebabnya adalah kerana Type 1 Diabetes adalah penyakit di mana pankreas menghasilkan sedikit atau tiada insulin.

Sebaliknya, penghidap type 2 diabetes biasanya berlebihan berat badan atau gemuk kerana kebanyakan mereka mengalami insulin resistance. Tetapi apabila type 2 diabetes menjadi tidak terkawal, pankreas akan gagal, dan penghasilan insulin akan berkurang, dan berat badan akan mula menurun.

Ramai yang telah cuba diet dan senaman yang berbeza. Banyak ajaran diet yang bertentangan dengan diet lain dan tidak berjaya. Antara sebabnya adalah kerana setiap orang mempunyai pathway yang berbeza untuk merangsang insulin.

Jika anda nak tahu status insulin level dalam badan anda, anda boleh lakukan ujian fasting blood insulin di sini.

Apa yang akan turunkan insulin?

  1. Berpuasa
  2. Pilih makanan insulinemic-effect yang rendah

Semuanya bergantung kepada bagaimana cara makan kita dan apa yang kita makan yang mendorong kenaikan insulin.

Apabila kita berpuasa, insulin badan akan mula menurun, dan ia akan membantu untuk pembakaran sumber tenaga simpanan seperti glycogen dan lemak.

Berpuasa turunkan insulin

Jenis makanan yang berlainan mungkin memberikan rangsangan insulin yang berbeza.

Terdapat makanan dengan ‘insulinemic effects tinggi’, ‘insulinemic effects sederhana’ dan ‘insulinemic effects rendah’

Sebagai contoh, gula dan karbohidrat halus mendorong tahap insulin yang lebih tinggi daripada protein dan lemak. Protein, menyebabkan lebih banyak insulin berbanding lemak. Lemak diet memberikan kesan insulin paling rendah.

Kesimpulan


Kesimpulannya, apabila insulin badan sentiasa dirangsang-kan, badan akan sentiasa menukarkan gula simpanan kepada lemak sebagai simpanan jangka masa lama. Jika insulin badan menurun, maka badan akan membakar simpanan gula dan kemudian lemak badan jika diperlukan.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

Follow by Email