fbpx

Kenapa Kencing Manis Jadi Kronik? – Cara mengatasi

Seringkali saya berhadapan dengan pesakit Diabetes Type 2 atau kencing manis, kebanyakan mereka pada awalnya terkawal dengan ubatan, tapi kelamaan makin bertambah ubatnya sehinggalah kena cucuk insulin.

Ada juga yang tanya kencing manis boleh sembuh tak.? Mereka dah cuba banyak cara dan ubatan tapi tak jadi. Ada caranya untuk kawal gula tanpa ubatan, tapi kena tahu dulu bagaimana satu penyakit tu jadi kronik.

Kenapa jadi macam tu?

Cuba kita fahamkan dulu apa tu diabetes. Diabetes adalah satu penyakit kronik gula berlebihan dalam darah (overflow of sugar).

Jadi bayangkan anda ada satu baldi kosong, kemudian anda isi air menggunakan air paip yang dibuka laju dan kuat. Dengan cepat air akan mula memenuhi baldi dan mula melimpah keluar. Adakah kita akan pusing tombol paip tu untuk perlahankan air mengalir atau kita sepatutnya tutup terus paip air tu?
Dah tentu kita patut tutup air paip tu terus dan gunakan air tu.
Jadi apa jadi kalau kita biarkan air mengalir perlahan, dan gunakan air tu? Kemungkinan air yang kita gunakan tu tak banyak dan air yang mengalir akan terus mengisi baldi dan akhirnya akan melimpah lagi.

Sama seperti diabetes.

Kesilapan pertama yang selalu kebanyakan orang lakukan adalah kerana meraka hanya kurangkan pengambilan gula tapi tak hentikan pengambilan gula. Dengan kata lain mereka masih tambah gula.

Kurangkan gula itu bagus, tapi hanya untuk proses adaptasi, tapi bukan untuk proses pemulihan.

Sebenarnya kebanyakan penyakit kronik adalah disebabkan oleh keadaan iaitu insulin resistance.

Related post : Insulin & The Missing Link In Chronic Disease

Insulin resistance adalah salah satu keadaan yang boleh menyebabkan gula tak terkawal. Insulin resistance berlaku kerana insulin hormon sentiasa tinggi (kerana pemakanan) dan lama kelamaan menjadi insulin resistance. Sebab itulah kita mula dapat kencing manis. Jadi kalau kita masih tambah gula walaupun sedikit, lebih-lebih lagi apabila kebanyakan produk makanan ada gula tambahan, sampai bila pun insulin akan jadi resistance dan bertambah resistance. Maka sebab itulah Type 2 Diabetes menjadi ‘progressive chronic disease’. Pada masa yang sama gula akan kembali naik walaupun dah mula makan ubat, dan bertambahlah ubatan anda, sehingga sesetengah pesakit terpaksa cucuk insulin.

Jika anda nak tahu status insulin level dalam badan anda, anda boleh lakukan ujian fasting blood insulin di sini.

Kencing manis boleh sembuh – bagaimana?

Saya lebih selesa menggunakan perkataan ‘reverse’ atau paling kurang ‘remission’ bukan sembuh. Bermakna anda tak perlu lagi perlukan ubatan untuk mengawal gula.

Apapun bergantung pada keadaan. Berapa teruk tahap insulin resistance, berapa lama, dan banyak faktor lagi. Anda boleh tanya doktor yang bertauliah dan faham tentang cara tak bergantung pada ubatan. Mungkin tak ramai yang amalkan cara ni. Atau dapatkan nasihat heath coach yang faham.

Apa yang anda perlukan adalah dapatkan health coach, ketahui diet yang sesuai, senaman yang sesuai, dan suplement yang betul. Bukan dengan diet rendah lemak, bukan kurangkan kalori, bukan dengan berlapar, bukan dengan ubatan dan cucuk insulin hari-hari, dan bukan senaman yang kurang efektif.

Anda hanya perlu tahu bagaimana untuk betulkan rintangan insulin ‘insulin resistance’ dengan cara menaikkan ‘sensitivity’ insulin.

Jadi jika kita ‘sensitive’-kan/betulkan balik keadaan ni, kita boleh reverse insulin resistance. Apabila tiada resistance maka gula dalam darah akan menjadi normal tanpa bergantung pada ubatan.

Book a free discovery call to Reverse type 2 diabetes

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

Follow by Email