fbpx

Intermittent Fasting bantu bakar lemak & kawal gula

Intermittent fasting (IF) adalah salah satu cara paling efektif dan popular, membantu menurunkan berat badan dan merawat diabetes.

Berpuasa di ‘prescribe’ oleh Tuhan. Ia diamalkan oleh manusia dah berkurun-kurun lamanya dan terbukti memberikan banyak manfaat kesihatan.

Instead of using medicine, rather, fast a day

                                            – Plutarch

Apa jadi pada badan kita semasa kita berpuasa. Dan bagaimana ia akan bantu anda kurangkan berat badan dan memberi kebaikan lain kepada anda. Make sure anda baca sampai habis.

Mula-mula kita fahamkan dulu bagaimana badan menggunakan tenaga.

Badan menggunakan dua sumber tenaga iaitu;

  1. Glucose (salah satu bentuk carbohydrate)
  2. Lemak

Protein adalah salah satu macronutrient tetapi bukan sumber utama untuk tenaga. Protein biasanya digunakan untuk pembentukan tisu badan seperti otot.

Bagaimana pula badan menyimpan tenaga apabila berlebihan?

Tenaga berlebihan akan disimpan dalam bentuk;

  1. Glycogen dalam hati
  2. Lemak badan
    Badan akan menyimpan tenaga sebagai lemak apabila dah tiada tempat nak simpan di hati.

Bila kita makan, badan akan menggunakan glucose dari makanan yang kita makan, dan bila kita tidak makan, badan akan mula menggunakan tenaga simpanan kita. Glycogen akan dipecahkan menjadi glucose dan digunakan sebagai tenaga.

Related post : Lemak Dan Gula – Bagaimana Ia Digunakan?

Jadi apa yang mengawal penggunaan dan penyimpanan tenaga?

Kunci utama adalah Insulin. Insulin adalah hormon yang bertanggungjawab mengawal penyimpanan tenaga dan penggunaan tenaga.

Apabila kita makan, insulin akan mula naik. Apabila insulin naik badan akan gunakan tenaga daripada makanan yang kita makan. Dan apabila insulin rendah badan kita akan gunakan sumber tenaga simpanan. Ia adalah proses yang normal.

Dengan kata lain, bila kita makan kita akan simpan kalori. Tapi bila kita tidak makan atau berpuasa contohnya apabila kita tidur, badan kita akan mula menggunakan sumber simpanan kita. Tak hairanlah semasa tidur masa sesuai untuk proses ’biological repair’.

Saya bagi contoh untuk mudah faham;
Kita akan guna duit dalam beg duit kita bila nak membeli. Dan kita akan simpan duit berlebihan dalam bank. Hanya bila duit dalam beg duit dah habis, kita akan pergi ke ATM machine dan keluarkan duit dari simpanan bank.

Jadi untuk bakar lemak dalam badan, kita perlu rehatkan perut kita daripada makan, supaya tenaga simpanan glycogen digunakan.


Apabila kita lihat pada graf ini, pada 4-5 jam pertama, badan akan gunakan sumber tenaga dari apa yang kita makan. Kemudian, badan akan gunakan dari sumber glycogen yang didimpan dalam organ hati yang akan bertahan selama 24jam. Bila glycogen dah habis digunakan, badan akan mulakan proses Gluconeogenesis. Semasa gluconeogenesis, badan akan mula menggunakan protein, ditukarkan kepada glucose sebagai sumber tenaga.

Menakutkan ke kalau protein digunakan? Ramai yang fikir ia akan menyebabkan ‘muscle loss’(otot kecut). Tapi ia tak seperti yang kita sangkakan. Sebab protein bukan sahaja ada pada otot, tapi ada banyak sumber tissue lain yang mempunyai protein yang boleh digunakan tanpa memudaratkan kekuatan otot. 

Lagipun untuk kebanyakan orang yang overweight, protein badan biasanya juga berlebihan.

Semasa berpuasa, hormon isulin akan turun tapi ada hormon penting lain yang naik dan juga tindak balas lain akan berlaku;

1. Growth hormone.

Selepas 24 jam berpuasa, Growth hormone akan naik 3-4 kali ganda berbanding keadaan tidak berpuasa. Hormon ini membantu penghasilan semula protein badan apabila kita mula makan kembali.

2. Epinephrine (Adrenalin)

Ia membantu mengepam darah ke kumpulan otot utama, termasuk jantung dan paru-paru dan membuatkan kita rasa lebih bertenaga dan lebih focus

3. Sympathetic nervous system

Sympathetic nervous system juga akan mula naik, dan ia akan membuatkan kita rasa lebih bertenaga.

4. Electrolytes

Seperti yang kita lihat dalam graf, data menunjukkan apabila dalam keadaan ‘extended fasting’ beberapa electrolyte badan pada mulanya menurun, tapi ia akan kembali stabil selepas itu.


Secara kesimpulan;

Apabila berpuasa yang sekaligus membuatkan insulin badan sentiasa rendah dan stabil, badan kita akan mula membakar gula berlebihan dan lemak dengan lebih baik.

Dengan berpuasa, ia banyak membantu mereka yang mempunyai insulin resistance seperti mereka yang obese dan mempunyai masaalah kencing manis.


error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

Follow by Email